Jumaat, Mac 18, 2011

Sila berkunjung ke Laman Baru

Sila berkunjung ke laman baru "Bicara Dari Zawiyah Syaikh Abdul Malik (Tokku Pulau Manis)" di alamat di bawah :

www.zawiyahsam.com

Harap maklum.

Sabtu, Mac 05, 2011

MAKLUMAN - PERUBAHAN BLOG

Assalamu 'alaikum w.b.t.

Kepada semua pengunjung blog yang dihormati,

Pihak kami sedang dalam proses ubahsuai konsep blog ini dan akan didaftarkan dengan "domain" baru.
Justeru untuk beberapa waktu blog ini tidak akan dikemaskinikan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian, insya Allah.
'Ibadur Rahman.

Selasa, Mac 01, 2011

Semarak Maulud di KL & Sabah


Majlis Maulidur Rasul di Masjid Bandar Diraja Klang pada 25/02. Gabungan Ribath Ibrahim Al-Kurani dan kumpulan Ahbabul Mustofa Bandar Putera mengegarkan Bandar Klang dengan qasidah/burdah. Masjid ini baru dibina dan dibuka pada tahun lepas. Ini adalah masjid pertama di bandar Klang yang menganjurkan konsep seperti ini dan diharap ia menjadi pusat membawa dakwah cinta Rasul.... InsyAllah. Tazkirah disampaikan Ustaz Syed Najmuddin Al-Khered.




Majlis Maulidur Rasul di Masjid Nurul Ittihad, Kg Muhibbah, Lahad Datu, Sabah ini berlangsung pada Sabtu 26/02 bermula Maghrib. Ia dihadiri hampir 500 orang termasuk wakil Adun, pegawai polis, pegawai MAIS dll agensi kerajaan. Majlis dipimpin Ustaz Yusof.





Semarak Cinta Rasul صلى الله عليه وآله وسلم (Terengganu 2)

 Maulid di rumah Tuan Syed Halim Kg Pantai Ali, pada 1 Mac jam 10 pagi.







Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Batu Buruk, Kuala Terengganu (25/02)
Tazkirah oleh Tuan Guru Ku Suhaimi (Mudir Darul Muhajirin) dan Ustaz Mustaffa Kamal (Mudir Al-Hidayah)



Maulud Anak-Anak Tadika & Taska serta penduduk Taman Permin Jaya, Chendering









 Maulud di rumah muhibbin, Hj Ayub Baba pada Selasa 22/2/11



Maulud dengan konsep Rumah Terbuka (rumah Abi Zul) di Taman Permin Jaya, Chendering


Semarak Cinta Rasul صلى الله عليه وآله وسلم (Terengganu 1)

Maulud di Surau Ba' Yor di Kg Pulau Musang, Kuala Terengganu (28/02)
Tausiah disampaikan al faqir Walid.



Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم di Balairaya JKKK Kg Pak Sabah, Dungun (23/02)
Anjuran Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Sura, Pusat Seri Murni Cawangan Dungun. Majlis bermula kira kira pukul 11.30 am dengan alunan qasidah & selawat puji-pujian ke atas Nabi SAW oleh anak-anak Ribath Syaikh Ahmad al-Qusyasyi serta tausiah ringkas oleh Mudir Ribath, Ustaz Azlan berkisar Cinta Nabi dan berakhir 12.30pm. Dihadiri oleh 120 org sahabat AIM.



Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم anjuran bersama Jemaah Surau Kg Kubang Putat, Seberang Pintasan, Dungun dengan Ribath Syaikh Ahmad al-Qusyasyi Dungun, pada Khamis malam Jumaat, 24 Feb 2011. Majlis dimulai selepas asar lagi dengan alunan Qasidah Burdah yang dipimpin bersama Ustaz  Azlan & Ustaz Sabri sehingga menjelang Magrib. Selepas solat Maghrib sedikit tausiah disampaikan oleh Ustaz Sabri berkisar tentang kemulian & ketinggian darjat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم sebagai HabibuLlah. Majlis di akhiri dengan alunan selawat beramai-ramai dan jamuan makan malam dan dihadiri oleh kira-kira 60 orang muslimin muslimat..


Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم di Sek. Ren. Durian Mas (2), Dungun pada 24 Feb 2011. Sambutan dimulai seawal kira-kira jam 7.30 pagi dengan perarakan para pelajar (yang berjumlah seramai kira-kira 800 orang) & guru-guru diiringi alunan selawat puji-pujian ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Majlis diserikan lagi dengan alunan qasidah & selawat oleh anak-anak pelajar Ribath Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi & Ribath (Tahfiz) Syeikh Ahmad Asy-Syinnawi. Sambutan kali ini lebih meriah dari sebelumnya kerana ini adalah kali pertama pihak sekolah mengundang pihak Ribath untuk bersama-sama menjayakannya. Tazkirah disampaikan Ustaz Azlan tentang kepentingan menanamkan kecintaan kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sejak kecil.



Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم di Taman Bandar Chukai (Padang Astaka), Kemaman diadakan pada Sabtu, 26 Februari baru-baru ini. Ia anjuran Majlis Muafakat beberapa NGO dan badan-badan swasta seperti Koperasi Nur Ihsan Trg Berhad, Sinar Warisan Seni, Adawiyahnita REsources, Remaja Prihatin Kemaman, Rakan Burdah Kemaman dll. Majlis bermula seawal jam 7 pagi dengan perarakan sekitar bandar Chukai, alunan qasidah, burdah, nasyid, sajak, tazkirah (Ustaz Razali). Ia dirasmikan wakil Kadi Kemaman, dan dihadiri hampir 1000 orang. (Akan dikemaskini semula)