SISTEM PERSEKOLAHAN / PENDIDIKAN KE ARAH MANA?
Ada di kalangan sahabat saya yang berpendirian keras menghukum haram belajar di semua sekolah yang ada. Yang lebih ekstrim lagi menghukumkan haram belajar ilmu akademik kerana ia adalah ilmu duniawi.
Adapun pendirian saya tiadalah menghukum pada sekolah atau ilmu tersebut, tetapi pada suasana yang merosakkan itu yang boleh membawa kepada haram. Pada sudut ilmu sudah ada perubahan ke arah kebaikan walaupun tidak islamik sepenuhnya. Ini kerana silibus yang dirangka pada semua sekolah di Malaysia tentunya mengambil kira keadaan masyarakat majmuk. Di sinilah peranan guru amat penting dalam menerapkan elemen agama dalam silibus yang diajar.
Jika sekolah itu terpelihara dari gejala kerosakan akidah dan akhlak, maka hukumnya adalah harus. Adapun dalam masalah ilmu, tiadalah saya melihat melainkan segalanya berasal daripada ilmu para Nabi a.s, baik ilmu agama ataupun ilmu berkaitan duniawi. Jika ada yang melihat ilmu tersebut berasal dari Barat, maka mereka sebenarnya tertipu kerana segala ilmu asalnya hak milik orang Islam yang telah melalui proses pembaratan ilmu sejak berabad lamanya.
Pembongkaran Konspirasi Dajjal untuk hancurkan Ummah
Inilah yang cuba disedarkan oleh Dr. Ismail al-Faruqi (1921-1986), seorang tokoh pemikir dunia Islam dalam bidang Sains Sosial yang terkenal serta mahir semua jenis bidang ilmu tersebut seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.
Beliau banyak mengkaji dan membongkar konspirasi Dajjal sejak berabad lalu untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam. Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar Muslim.
Antara pendedahan beliau adalah :
- Semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
- Pelajar-pelajar Muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis Barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
- Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
- Pensyarah-pensyarah Muslim berpendidikan Barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di Barat untuk diaplikasikan kepada umat Islam.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan universiti barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.
Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.
Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.
Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama “PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).
Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut ketika itu. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Oleh kerana Dr. Ismail dilihat sebagai ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial, maka satu konspirasi dijalankan bagi memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.
Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan. Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.
Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendekiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.
Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.
Inilah tanggungjawab para sahabat yang berada di posisi guru atau pensyarah agar memperbetulkan kesalahan dalam silibus pengajaran terutama subjek Sains, Fizik, Sejarah dan lainnya, di semua peringkat pendidikan termasuk universiti, demi kemaslahatan akidah, akhlak dan kekuatan ummah. Jika ada penyelewengan dalam ilmu akademik, wajib kita perbetulkan bukan meninggalkan sepenuhnya.
Kaedah fiqh menyebut :
مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ وَلاَ يُتْرَكُ كُلُّهُ
“Bila tidak boleh melaksanakan semuanya maka jangan ditinggalkan seluruhnya.”
Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam telah bersabda:
“Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang Mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.” (Riwayat Tirmizi)
Dalam suasana yang menuju kepada keruntuhan akhlak ini, wajiblah kita berusaha mencari alternatif lain jika ada ataupun berusaha mewujudkan sendiri sistem pendidikan, demi menyelamatkan anak-anak dari terjerumus ke lembah yang haram.
Kaedah fiqh menyatakan :
الضَّرَرُ يُزَالُ
"Kemudharatan (dhorurah) harus dihilangkan dan jalan yang menuju ke arahnya harus ditutup."
Ini disebabkan kebanyakan sekolah hari ini menghadapi budaya keruntuhan akhlak yang dahsyat, yang tiada mampu lagi para guru, ustaz, kaunselor dan undang-undang untuk menanganinya. Budaya lucah, pergaulan bebas, gangster, ugut, buli, menipu, dengki, sombong, melawan guru, rokok, pil kuda, ectasy, dadah, rempit, bohsia, bohjan, zina, buang anak dan sebagainya amat berleluasa. Kerosakan ini semakin bertambah parah dari tahun ke tahun dan penyakit ini sudah mula menular di sekolah rendah pula.
Dhorurah adalah berlakunya suatu keadaan kecemasan yang memudaratkan atau menimbulkan kesusahan yang bersangatan dimana dibimbangi akan menimbulkan kemudaratan ke atas jiwa, atau anggota tubuh, atau kehormatan, atau akal atau harta dan sebagainya. Justeru disebabkan hal tersebut diwajibkan atau diharuskan melakukan perkara yang haram atau meninggalkan yang wajib atau menangguhkannya dari waktunya kerana hendak menolak dhorurah daripadanya pada ghalib dzonnya berdasarkan batasan-batasan syarak.
Batasan syariat (dhawabit al-syar’iyyah) dalam masalah dhorurah :
- Berlaku dhorurah tersebut sama ada secara yakin atau ghalib dzon.
- Tiada lagi wasilah yang diharuskan oleh syara’ melainkan dengan melakukan perkara yang ditegah oleh syara’ untuk menolak kemudaratan.
- Hendaklah melakukan perkara yang mudarat itu sekadar keperluan sahaja.
- Hendaklah perlaksanaan dhorurah itu tidak menimbulkan dhorurah yang lebih besar atau setara dengannya.
(Rujukan : Usul al-Fiqh karangan Syeikh Abu Zuhrah)
Justeru, jika menghantar anak sekolah hanya bermatlamat menjamin rezeki atau hanya mahu pandai membaca dan menulis, ianya tiada termasuk dalam dhorurah malah tidak semestinya sekolah dapat menjamin hal tersebut. Jika jelas kita ketahui sekolah tersebut boleh membawa kemudharatan yang merosakkan akidah, pemikiran, jiwa dan akhlak anak-anak kita, maka tiada kompromi lagi, hukumnya haram kita menghantar ke sekolah tersebut.
Qaidah fiqh menyebut :
سَدُّ الزَّرَائِعِ
"Jalan yang menuju haram juga haram."
Bukan semua sekolah dihukumkan haram kerana ada sekolah yang tidaklah sampai ke tahap tersebut. Malah ada juga sekolah sama ada kerajaan atau swasta mempunyai Lembaga Pengelola, Pengetua, PIBG dan guru-guru yang cintakan Islam dan bersungguh-sungguh mempraktikkan nilai-nilai Islam kepada pelajar mereka, walaupun menerima tentangan daripada pihak kementerian dalam silibus pelajaran dan kurikulumnya.
Tidak dinafikan kebanyakan sekolah melaksanakan kelas agama petang (KAFA) dan JQAF untuk memantapkan ilmu agama dan Al-Quran pelajar, namun sejauh manakah kesan tarbiyah kepada murid atau pelajar itu dari segi pemantapan akidah, akhlak, cinta Allah dan Rasul serta lainnya.
Aspek barakah amatlah penting bagi menghasilkan natijah yang baik dalam apa jua yang dilakukan. Namun ianya agak sukar diperolehi jika pengajaran hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ dan untuk makan gaji semata-mata.
Maka wajib atas ibu bapa menilai dengan teliti sekolah yang mahu dihantar anaknya demi menjaga amanah Allah yang suci dan tiada mahu terlibat dalam dosa yang diharamkan. Apa yang dibimbangkan, terlalu memberi penekanan kepada budaya kecemerlangan akademik melalui peperiksaan juga membawa kepada kemudharatan pada agama anak-anak. Agama akan menjadi sampingan, akademik menjadi keutamaan.
Ini juga dilema sahabat-sahabat yang mendirikan sekolah Islam dimana ibu bapa yang menghantar anak mereka tetap menilai sekolahnya berdasarkan prestasi akademik sebagai indikator utama, bukannya agama. Maka guru-guru bertungkus lumus pula menjaga reputasi akademik sehingga akhirnya agama menjadi sampingan juga.
Meletakkan keutamaan kejayaan akademik melebihi agama adalah haram. Ini turut menjadi dilema para pakar motivasi yang mengajak meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat hidup, sedangkan realiti yang diajar oleh guru dan ibu bapa pelajar ialah akademik sebagai matlamat hidup. Berjaya akademik akan terjamin masa depan, itu prinsip yang sering ditekankan.
Bersambung...