Rabu, Jun 09, 2010

Tohmah dan Fitnah Bukan Penghalang, Perjuangan Kekasih Allah Tetap Ku Teruskan!


Moyang ku TOK PULAU MANIS
Telah meninggalkan jalannya yang jelas
Pada Akidah, Fekah, Tasawwuf, Tarekah, Dakwah dan Siasah
Pada Syariat, Tarekah, Hakikat dan Makrifat
Berdiri di atas Ahlu Sunnah wal Jamaah perjalanan Nabi, Sahabat, Tabi’en dan Tabiut Tabi’en
Dan terus berjalan rantaian sanad tersebut pada dirinya melalui guru-gurunya

Dan aku kini hanya penyambung sanad ilmu dan amalnya
Tiada aku mencipta sesuatu yang baru
Biarlah aku dianggap jumud, sesat, bida’ah, ketinggalan zaman dan ditohmah dengan pelbagai fitnah
Namun dasar ilmu dan tarbiyahnya tetapku teruskan

Dakwah dan siasahnya ku jadikan sandaran
Keyakinan ku, jalannya diredhai Allah, dicintai Nabi صلى الله عليه وسلم
Dia kekasih Allah yang tiada siapa boleh pertikaikan
Perjuangannya telah membawa kejayaan membina pemerintahan yang bertakwa dan masyarakat yang beriman
Ia-lah juga jalan Tokku Paloh, Tok Syaikh Duyung, Tok Limbong, Tok Syaikh Bukit Bayas, Tok Serai, Tok Pelam dan lainnya


Cahaya Allah yang dilimpahkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tidak akan terpadam
Ia tetap bersinar bagaikan matahari daripada dada hamba Rabbani
"Syariat, Tarekah, Hakikat dan Makrifat
Iman, Islam dan Ihsan
Akan mekar kembali di bumi bertuah ini
Tiada siapa lagi mampu menahannya!"
Insya Allah!