Surau Pondok Darul Muhajirin Bukit Jong tempat berlangsungnya Majlis Silaturrahim Pondok se-Malaysia |
Atas maksud untuk menjaga dan memperkasakan institusi pondok sebagai pusat pemeliharaan ilmu dan manhaj ASWJ, saya melihat betapa pentingnya kesatuan, penyelarasan dan strategi dakwah di kalangan pondok-pondok yang ada. Saya kemukakan gagasan idea ini kepada para sahabat yang terdiri dari mudir beberapa pondok di Terengganu.
Alhamdulillah, mereka bersetuju dengan saranan saya dan hasilnya setelah berbincang beberapa kali, maka nama Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia atau dalam bahasa Arabnya “Ittihad Al-Madaris Al-Islamiyah Malaysia”, ringkasnya ITMAM telah dipersetujui. Kemudian idea ini dikembangkan ke Pahang, Kelantan dan seluruh Malaysia.
Namun bagi saya mewujudkan AJK ITMAM di Kelantan adalah tidak sesuai disebabkan sudah adanya Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) di sana. Ini bagi mengelakkan pertindihan peranan dan menjaga keharmonian.
Apapun, para sahabat saya (mudir-mudir pondok) begitu bersemangat dalam membina satu kesatuan atas matlamat yang sama itu. Lantas mereka mendaftarkan ITMAM yang bertindak sebagai badan sekretariat untuk menyelaras hubungan antara pondok dan menganjur program-program.
Saya dipertanggungjawabkan merangka dasar dan struktur organisasi, fungsi-fungsi ITMAM dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Ia untuk dibentangkan kepada para Tuan Guru pondok-pondok yang ada.
Alhamdulillah, hasil pembentangan tersebut, satu persetujuan telah dicapai di kalangan mereka untuk bergerak di atas platform ITMAM. Maka diwujudkan beberapa struktur seperti berikut :
- Majlis Penasihat di kalangan guru-guru tua
- Majlis Syura sebagai pemutus dasar
- Majlis Tadbir sebagai pengurusan gerak kerja dan perancangan
- Majlis Kehormat dari kalangan ahli akademik, dan
- Majlis Kerjasama Madrasah
Al Marhum Tuan Guru Hj Abd Rahman Pombeng ketika merasmikan Majlis Silaturrahim Pondok kali ke-1 di Pondok Darul Muhajirin |
Impian saya selama ini dimudahkan Allah. Saya tiada mahu wujud lagi pergeseran antara pondok-pondok dengan mendakwa pondok mereka lebih baik dan merendahkan pihak-pihak lain. Sikap seperti ini tidak akan membantu pondok untuk menjadi institusi pendidikan yang dihormati dan berwibawa.
Pondok sebagai madrasah pembinaan ulama dan benteng ASWJ wajib dipelihara. Ia tidak boleh hanya dipandang sebagai tempat pembuangan golongan yang bermasalah dan mereka yang tiada harapan di sekolah.
(Untuk golongan seperti ini, sepatutnya diwujudkan institusi pendidikan khas untuk mendidik mereka, seperti Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID) dan lainnya. Bukan dihantar ke pondok!)
Syeikh Affifuddin al-Gaylani (nasab ke-18 Syeikh Abd Qadir Al-Jailani) dalam Majlis Maulidur Rasul sempena majlis penutup Silaturrahim Pondok kali ke-1 |
Hasil daripada gabungan itu, ITMAM menganjurkan Majlis Silaturrahim Pondok se-Malaysia di Madrasah Al-Muhajirin, Bukit Jong, Kuala Terengganu selama 2 hari (tahun 2007). Pihak ITMAM menjemput pondok-pondok di seluruh Malaysia dan meminta dihantar 20 wakil dari setiap pondok.
Program tersebut bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pengajian sand talaqqi, memahami manhaj ASWJ dan mengeratkan ukhwwah di antara para Tuan Guru, guru-guru dan pelajar-pelajar pondok.
Alhamdulillah, program julung kali ini ternyata berjaya memberi impak yang baik kepada warga pondok dan masyarakat umum. Hasil kejayaan itu, sahabat-sahabat bersetuju menjadikan program tersebut sebagai program tahunan ITMAM. Dengan komitmen dan kesungguhan, akhirnya pada setiap tahun di adakan majlis yang sama (dengan tema dan pendekatan berbeza) sehingga sekarang.
Program tersebut bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pengajian sand talaqqi, memahami manhaj ASWJ dan mengeratkan ukhwwah di antara para Tuan Guru, guru-guru dan pelajar-pelajar pondok.
Alhamdulillah, program julung kali ini ternyata berjaya memberi impak yang baik kepada warga pondok dan masyarakat umum. Hasil kejayaan itu, sahabat-sahabat bersetuju menjadikan program tersebut sebagai program tahunan ITMAM. Dengan komitmen dan kesungguhan, akhirnya pada setiap tahun di adakan majlis yang sama (dengan tema dan pendekatan berbeza) sehingga sekarang.
Selepas itu, ITMAM mengadakan Seminar Fiqh Nusantara di Masjid Wilayah Kuala Lumpur yang menggamit lebih 1,000 peserta dari warga pondok dan masyarakat umum. Al-‘Allamah Habib Umar al-Hafidz telah hadir sebagai jemputan kehormat dan turut memberikan ucapan pada majlis tersebut. Beberapa kertas kerja dengan pelbagai tajuk turut dibentangkan oleh kalangan Tuan Guru, Ulama dan Ahli Akademik.
ITMAM terus bergerak di atas dokongan yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Disamping itu, ITMAM juga telah melaksanakan beberapa program, antaranya :
- Mengadakan ziarah dan silaturrahim ke Aceh, Indonesia selama seminggu pada 2007
- Menghantar beberapa Tuan Guru ke Yaman selama 40 hari untuk Daurah bersama Habib Umar al-Hafidz di Darul Mustafa, Hadramaut.
- Menghantar beberapa pimpinan pelajar pondok ke Solo, Indonesia bertujuan membuka minda sebagai pemimpin. Disamping itu rombongan ITMAM mengadakan pelbagai pertemuan dan muzakarah dalam menyampaikan matlamat perjuangan ITMAM.
- Menghantar wakil-wakil ke program dan wacana peringkat Nusantara dan Asean.
- Mengadakan majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul SAW secara gabungan dan besar-besaran dengan menjemput para Ulama dalam dan luar negara.
- Mengadakan seminar dan wacana bagi memperkasakan kefahaman masyarakat mengenai manhaj ASWJ dan lainnya.
Hasil daripada ziarah-ziarah dan muzakarah yang diadakan di dalam dan luar negara, kami bersetuju menjadikan tiga asas penting sebagai pegangan pendidikan pondok di bawah ITMAM iaitu:
- Keilmuan yang bersanad
- Tazkiyatun Nafs, dan
- Dakwah.
Alhamdulillah, hasil kerja kuat para sahabat, warga pondok dan seluruh pendokong ITMAM, dalam masa yang singkat ITMAM kini telah dikenali dan menjadi badan yang sama gagah dengan organisasi-organisasi dakwah yang lain. Malah para ulama dalam dan luar negara menaruh harapan yang tinggi pada ITMAM berdasarkan pengamatan mereka terhadap dasar dan perjuangan ITMAM.
Setelah melihat ITMAM semakin stabil, saya merayu kepada para sahabat agar melepaskan saya dari jawatan Pengerusi ITMAM. Ini kerana jawatan tersebut perlu diserahkan pada mereka yang benar-benar layak dari sudut kepimpinan dan keilmuannya. Kemampuan saya ada batasnya, apatah lagi keuzuran diri yang menghalang saya untuk bergerak aktif seperti dahulu.
Muzakarah pimpinan ITMAM dengan Habib Umar selepas Seminar Fiqh Nusantara satu waktu dulu |
Awalnya mereka minta saya memegang jawatan tersebut hingga beberapa waktu lagi, namun saya memberi hujah-hujah di atas dan akhirnya mereka dengan berat hari menerima perletakan jawatan saya.
Alhamdulillah, saya memanjat syukur kerana ITMAM terus melangkah dengan gagah dan sentiasa merancang program-programnya. Walaupun saya tidak lagi berada dalam organisasi ITMAM, tetapi tetap membantu memberi nasihat apabila diperlukan. Saya turut sarankan beberapa sahabat yang rapat agar terus membantu perjuangan ITMAM dengan apa sahaja jika diperlukan.
Kepada sahabatku di kalangan Tuan-Tuan Guru, teruskan perjuangan! Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah yang diatur. Semoga pondok akan menjadi institusi pendidikan yang disegani, benteng ASWJ yang utuh dan dapat memimpin masyarakat dengan dakwah yang terancang dan penuh hikmah. Sesungguhnya Allah SWT menyintai hambaNya yang berjuang penuh ikhlas dalam menegakkan kebenaran!
al faqir Tokku