Rabu, Mei 12, 2010

Peringkat-Peringkat Kesedaran Fitrah KeTuhanan

Dalam ‘posting’ terdahulu, Agama Tanpa Kesedaran Jiwa dan Bermulanya Fitrah KeTuhanan telah dihurai secara ringkas bahawa segala permasalahan manusia berpunca dari ketiadaan kesedaran agama dalam jiwanya. Dalam erti kata lain, fitrah keTuhanan dan Kehambaan dalam dirinya telah tertutup menyebabkan jiwanya dikuasai oleh iblis yang berlagak seperti Tuhan dan mengatur kehidupan manusia tersebut.

Kemudian dipaparkan juga fasa-fasa dakwah Rasulullah SAW dalam membuka kembali titik kesedaran fitrah KeTuhanan dan Kehambaan itu dalam posting bertajuk Dakwah Rasulullah SAW Membuka Kesedaran Fitrah KeTuhanan berdasarkan petunjuk dari ayat 2 surah Al-Jum’ah.

Agar mudah difahami, disini dipaparkan gambarajah peringkat-peringkat Kesedaran KeTuhanan berdasarkan gabungan pendapat ulama Sufi dan ulama Ilmu Kalam.

5
4
3
2
 
1

Nafsu adalah anugerah Allah pada manusia, ia tiada boleh dihapuskan kerana tanpa nafsu manusia akan hilang fungsinya. Namun ia perlu dikendalikan kepada kebaikan melalui proses pembukaan kesedaran ketuhanan. Pembukaan kesedaran fitrah Ketuhanan akan membawa seorang itu kepada kesedaran kehambaan. Semakin tinggi seorang itu kepada kesedaran Ketuhanan, semakin dalam mereka dalam kesedaran kehambaan.

Kesedaran Ketuhanan yang kuat akan dapat membawa nafsu dan akal bersatu menuju kepada kebaikan dalam kehambaan. Kesedaran Ketuhanan yang tinggi juga membawa mereka fana’ (fakir diri dalam genggaman Ar-Rahman).

Ibadah tanpa memiliki kesedaran Ketuhanan hanya kosong dan hampa. Contohnya ramai yang solat kini tetapi sedikit yang berada dalam kesedaran jiwa Ketuhanan dan kehambaan. Mereka solat disebabkan hukum, adat keturunan atau masyarakat sekeliling. Hanya tubuh dan lisan sahaja yang dilihat menyembah Allah, tetapi jiwa tiada kesedaran dalam bacaan dan perbuatannya mereka.

Solat tersebut tiada akan memberi kesan pada jiwa mereka di dunia dan kehidupan mereka di akhirat nanti. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain yang tiada memberi kesan apapun pada mereka melainkan penat lelah, lapar dan dahaga sahaja.